Tag: kos nak buat blog

Berapakah kos nak buat blog – hosting, theme dan plugin.

Berapakah kos nak buat blog – hosting, theme dan plugin.

​Anda sudah bacakah post saya sebelum ini iaitu kenapa perlu ada blog?​. Jika ada dan anda sudah berazam ingin memiliki blog sendiri, sila baca post ni sampai habis. Sebab kali ni  saya nak bincangkan tentang kos nak buat blog. Orang yang masih belum buat blog tetapi dalam planning nak buat blog mesti ada anggapan:

  • - berapa kos nak buat blog
  • - susah ke nak buat blog
  • - ada ke orang yang datang baca
  • - susah ke nak update blog selalu  

dan banyak lagilah tanggapan masing-masing termasuk lah saya satu ketika dahulu masa mula-mula berblogging.

Tapi untuk kali ni saya nak sentuh tentang kos. Realitinya kos nak buat blog ni adalah subjektif kerana ia bergantung  kepada:

  • - kesediaan kita berapa banyak kos sedia untuk dikeluarkan/dilaburkan
  • - berapa tinggi tahap keyakinan untuk buat duit dengan blog.
  • - medium yang ingin digunakan - hosting percuma atau berbayar

Domain dan hosting berbayar

Saya ada beberapa blog yang diusahakan termasuk blog peribadi iaitu olaoli.com. Kesemua blog yang saya bangunkan adalah dari hosting berbayar.

Pada peringkat awal ketika tahun 2009 dahulu saya menggunakan hosting percuma di blogspot. namun selepas melihat beberapa kelemahan pada hosting percuma jadi berpindah kepada berbayar.

kos nak buat blog

Jika disebutkan berbayar kadang-kadang kita yang baru nak menceburi blogging ni pikir hanya sekali bayar dapat terus.

Tak macam tu..

Maksud berbayar tu sebenarnya adalah sewa. Mula-mula dapatkan domain dan kedua hosting. Kita akan renew setahun sekali. Kalau terlewat renew jadi lah macam saya boleh baca pengalaman lalu saya disini.

Ada banyak penyedia hosting di Malaysia ni. Mula-mula dulu saya menggunakan sempoi hosting. Ketika itu saya hanya memiliki blog segalabenda.com.

​Saya masih baru jadi tak bersedia untuk pakai pakej yang besar jadi saya bermula dengan hosting pakej yang paling murah ketika itu. RM45 sekali dengan domain jika saya tak lupa. 

Sekarang saya lebih selesa menggunakan hosting netkl kerana bagi saya harganya bersesuian dan customer service yang bagus yang mudah membantu jika hadapi masalah.

​Dapatkan theme premium

mungkin ramai tak bersetuju jika saya katakan walaupun anda masih di peringkat awal berblogging tapi perlu dapatkan theme premium.

Theme premium adalah theme yang lengkap dan sentiasa mendapat update. antara sebabnya:

  • ​theme premium sudah dioptimze atau lebih mesra seo. ​Ini kerana strukturnya lebih tersusun berbanding theme percuma yang disediakan. 
  • seterusnya kerana theme premium nampak lebih elegant berbanding percuma. Saya rasa anda sendiri pun boleh bandingkan antara blog yang menggunakan premium theme atau percuma.
  • kelebihan lain adalah mudah untuk mengubah susun atur blog. Berbeza dengan percuma, theme premium anda boleh ubah hanya drag sahaja mana-mana bahagian yang perlu. Theme percuma juga boleh, tapi anda perlu tau tentang coding yang saya rasa tak ramai orang ada skil tu.   

​Keluarkan kos untuk plugin

Untuk plugin banyak plugin yang perlu ada dalam sesebuah blog. Namun sama juga seperti theme terdapat banyak plugin premium di pasaran dan harga kebiasannya lebh mahal dari harga sebuah theme premium.

Yoast premium yang saya gunakan adalah USD89 untuk setahun. Selepas setahun anda masih boleh terus guna plugin tu tapi anda tidak lagi terima sebarang update.

kos nak buat blog

Namun dari pengalaman saya, plugin versi percuma pun sudah bagus. Tetapi pastinya full version atau premium lebih banyak features dan kelebihan lain.

Saya ambil contoh saya menggunakan plugin premium yoast untuk sebuah blog niche bisnes. Blog berkenaan lebih baik kedudukan seonya berbanding blog saya yang lain. Sebab ada tambahan features yang tak ada dalam versi percuma.

Bagaimanapun jika anda tidak bersedia dari segi budget tidak perlulah dapatkan plugin premium. Memadai gunakan yang percuma.

Panduan atau ebook blog

Saranan saya jika baru nak mula silalah dapatkan mana-mana ebook atau panduan blog. Jka boleh jangan cari terlalu basic.

Dapatkan ebook blogging yang sentuh semua pasal blog seperti

  • gaya penulisan, 
  • stucture penulisan,
  • mencari niche blog,
  • bagaimana jana trafik dari media sosial
  • seo
  • pengiklanan
  • dan lain-lain lagi.

Tapi anda juga boleh mula dengan cari digoogle maklumat tentang blog yang boleh diperolehi  secara percuma. Bezanya banyak masa diperlukan disamping melakukan try and error.

Keseluruhan kos nak buat blog

Jika anda mahu jadikan blog ini satu bisnes ianya sedikit berbeza dari bisnes di fb page atau instagram. Di media social tu anda boleh buat sale lebih cepat tetapi memerlukan kos untuk beriklan.

Berbeza di blog yang sangat perlukan masa untuk melihat kemajuanya . Tetapi dengan blog pula ia mampu menjadikan brand atau produk anda lebih diyakini. 

Jadi saya senaraikan 5 pilihan kos yang boeh anda jadikan panduan.

  • hosting = RM 100
  • hosting + theme = RM 350-400
  • hosting + theme + ebook = RM 400 - 450
  • hosting + theme + ebook + plugin all in one seo = RM 740-800
  • hosting + theme + ebook + plugin yoast = RM780 - 850

Peringkat awal saya mula dengan pilihan pertama iaitu hanya beli hosting sahaja/domain. Tanpa ilmu. Main terjah je. Kalau masa tu orang tanya seo tu apa?

saya tak boleh jawab. kerana yang saya tahu hanya blogwalking. Akhirnya saya gagal.

Kali kedua barulah saya bermula dengan ilmu pengetahuan sedikit sebanyak tentang seo.

Selepas itu hampir setiap tahun saya akan hasilkan blog baru dengan bermacam niche.(kos hanya beli domain sahaja sebab hosting saiz besar)

Ada yang tanya macam mana saya boleh menulis sampai 3 buah blog(sekarang dah 4).

Jawapannya saya tak tulis semua post. hanya olaoli.com dan segalabenda.com(baru 3 artikel termasuk ini)  sahaja 100 peratus saya menulis kerana itu blog peribadi saya. Mana la saya ada masa nak tulis hari-hari.

Saya menggunakan pihak ketiga atau freelancer yang menyediakan services menulis artikel. Apa hasil yang saya dapat dari blog saya laburkan kembali kepada blog.

Saya akan beritahu nanti di post akan datang 2 site yang jadi tempat saya dapatkan artikel.