Posts tagged kesihatan
OGAWA EVAS EVA-LUTIO Z3 TREADMILL EE 0100 (EVA-LUTIO Z3)
4Ni lah tempat berjogging aku yang baru. Namanya OGAWA EVAS. Baru sampai 3 hari yang lepas. Harga nya tak lah semahal mana sebab aku beli masa da promotion. Harga retail RM4888, tapi masa promotion ni dapat aku beli dengan harga RM1950. Siap dengan shipping cost. Pasni tak perlulah aku nak ke pusat sukan atau trek jogging lagi.
Best ke jogging atas treadmill ni? setakat ni aku dah jogging dalam 7-8 kali(sehingga waktu post ini ditulis). Ada rasa macam tak kena pada tubuh aku. Ada perbezaan dengan berlari di trek jogging. Selepas aje aku jogging atas treadmill ni, aku rase macam tak stabil nak berdiri. Mungkin kerana kite sebenarnya berlari statik kot berbanding jogging di trek. Atau mungkin mula-mula ni tak best, lama-lama baru biasa..
Kemudian, berlari atas treadmill ni macam lambat terasa letih. dah sampai 2 kilometer pun aku masih boleh berlari lagi. Kebiasaanya kalau atas trek, 1 kilometer pun aku dah pancit. Korang jangan pelik lak macam mane aku leh cakap 2 kilometer aku berlari. More >


Recent Comments