Tag: kenapa perlu ada blog

Kenapa perlu ada blog sedangkan ada facebook

Kenapa perlu ada blog sedangkan ada facebook

Ramai orang tanya, kenapa perlu ada blog jika sudah ada facebook, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Bukan kah facebook lebih terbukti traffiknya berbanding blog yang perlu bertanding untuk mendapatkan first page ranking?

Ada juga yang tanya.... dengan facebook tak perlu dah fikir tentang keyword. asal ramai firiend sebarang post yang menarik pasti akan dikongsi oleh ramai orang

Soalan-soalan tersebut telah masuk ke emel saya dan telah pun saya response. Terima kasih kerana yang menghantar soalan tersebut.

Jadi saya nak huraikan jawapan mengikut pengertian saya sendiri dan apa yang saya yakin dan​ apa yang saya telah buat.

​Blog untuk jangka masa panjang

Artikel-artikel yang dihasilkan di blog lebih teratur dan mudah dibaca berbanding  publish artikel di facebook.

Dengan menggunakan theme-theme premium yang ada malah theme-theme percuma sekalipun akan menghasilkan layout yang menarik dan kemas untuk menarik minat membaca dikalangan pelawat blog.

Ia berbeza di facebook kerana anda tidak mungkin boleh menukar layoutnya.

​Selain tu, semua artikel di blog kekal selagi mana blog itu wujud. Untuk cari artikel itu pun lebih mudah kerana kita boleh create satu page untuk menyenaraikan semua blogpost yang lama atau pun yang sudah bertahun.

Atau anda boleh sediakan link untuk memudahkan pembaca bergerak dari satu artikel ke artikel yang lain.

Sangat berbeza berbanding ​artikel di facebook. Post anda di facebook semenarik mana pun ia.... sebanyak manapun orang share lama-lama ia akan jatuh ke bawah dan dilupakan.

Nak cari semula pun agak sukar. Bayangkan jika artikel anda sudah bertahun...ada kemungkinan anda tak jumpa lagi dah.


​Blog menerima trafik berterusan

Artikel di blog menjana trafik untuk satu jangka masa yang panjang/lama manakala facebook adalah untuk jangka masa pendek.

Dengan blog sebarang post 'istimewa' yang telah anda hasilkan apabila berada di first page google ia akan berada lama disitu.

​'pencari maklumat' akan terus menjumpai blog anda berdasarkan keyword yang mereka guna. Mungkin berbulan atau mngkin bertahun selagi blog berada di kedudukan baik di google page.

Pada peringkat awal sesuatu artikel di publish, pelawat dari google mungkin sangat minima, di peringkat inilah facebook memainkan peranan untuk mendapatkan ramai pembaca. namun trafik dari facebook tidak dapat dikekalkan untuk tempoh masa yang panjang. ​

Kita ambil contoh satu site yang paling saya gemari iaitu thepatriot.asia . thepatriot asia ini kerap share post mereka di facebook dan saya yakin sangat digemari oleh pembaca.

disitulah saya mula menyedari sehebat mana pun post yang dihasilkan oleh mereka, facebook bukan jaminan untuk dapatkan pembaca berterusan untuk tajuk post tersebut.


Saya ambil satu contoh tajuk post ​Omyra Canshez : satu gambar, seribu cerita 

Post ini  dapat share yang banyak malah saya sendiri share di facebook saya. Tapi selapas beberapa tempoh masa adalah sukar untuk mencari post tu semula. saya perlu scroll jauh ke bawah untuk mencari artikel yang saya share itu di fb.

Jadi saya bosan menscroll tambahan lagi ambil masa lama loading (internet tak laju) maka saya terus google dengan tajuk ​omayra sanchez.

kenapa perlu buat blog

Saya jumpa di google tapi tidak di fb. ini antara kelebihan yang saya maksudkan kenapa perlu buat blog sendiri. Walaupun kemungkinan besar juga pembaca seperti saya selepas jumpa di google saya akan klik button share fb di artikel, tetapi yang perlu kita pelajari adalah untuk jangka masa panjang trafik bermula di google.

​Membina reputasi

​Anda artis, pelakon, ahli sukan, pemimpin? saya yakin sebahagian besar nama-nama besar pasti mempunyai blog sendiri yang mungkin diuruskan oleh individu lain yang telah diupah. 

​Tapi jangan salah sangka. Membina reputasi ni bukan hanya pada orang-orang yang 'terkenal'. Anda juga perlu membina reputasi. ​inilah salah satu sebab kenapa perlu ada blog .

Dengan blog anda mampu membina satu reputasi diri kerana berpeluang untuk 'menunjukkan' sesuatu kelebihan diri. Mungkin kelebihan anda yang mampu melancong, kebolehan memasak, kemampuan menghasilkan sesuatu produk atau apa-apa sahaja yang menarik minat orang ramai. Maka kongsikan ia di blog sebagai maklumat kepada orang lain. 

Jika maklumat yang kita artikelkan untuk bacaan orang ramai membantu menyelesaikan masalah mereka ​kemungkinan mereka akan datang lagi untuk membaca artikel anda yang seterusnya​.

Tidak mustahil blog anda akan menjadi rujukan ramai yang berminat ​membaca artikel berkaitan.

Saya sendiri sangat menggemari/membaca tentang update gadget-gadjet di pasaran maka rujukan utama saya​ adalah blog amanz.my dan monaliza.com

​Kenapa perlu ada Blog dari sekarang

Blog ambil masa agak lama untuk diindex dihalaman yang baik di google search engine. Untuk memastikan blog anda di optimizekan sepenuhnya perlu ambil masa yang agak lama.

Banyak usaha diperlukan untuk memastikan blog anda beroperasi sepenuhnya melibat beberapa perkara teknikl seperti pemilihan dan pembelian domain hosting.

Instal wordpress

install semua plugin yang penting untuk blog

sterusnya menghasilkan artikel

​Jika anda rasa kurang ada masa untuk update, kaedah lain adalah mengupah orang lain membina artikel untuk post di blog. Namun ini memerlukan kos tambahan dan agak tidak sesuai jika anda masih baru lagi. Seeloknya adalah membina artikel sendiri dan secara tak langsung akan melatih dan membina gaya penulisan sendiri.

kenapa perlu ada blog