Tag: kenapa blogger perlukan mentor

Kenapa blogger perlukan mentor

Kenapa blogger perlukan mentor

Dari kecil hingga lah besar kita perlukan mentor untuk apa sahaja perkara yang kita nak buat. Mentor ni ​fungsinya samalah dengan guru, tok guru, penyarah, ustaz atau sesiapa sahaja yang boleh memberi bimbingan ilmu.

Tanpa bimbingan dari seseorang yang pakar dan sesuai kemungkinan agak sukar untuk mendapat sesuatu ilmu ataupun kemungkinan lambat untuk menguasai sesuatu bidang.

​Jadi samalah juga untuk seseorang blogger. Bagi saya, sangat sukar untuk menguasai bidang blogging andai tidak mempunyai mentor.

Banyak pecahan ilmu yang mesti dikuasai untuk berblogging​. Buat blog kemudian menulis post bukanlah segala-galanya tentang berblogging.

​Kenapa mentor penting untuk blogger

​Saya juga masih banyak ketinggalan atau pun belum benar-benar menguasai pengetahuan blogging. Jadi sama seperti anda saya perlukan seseorang atau kumpulan orang yang jauh lebih pakar yang bersedia untuk membantu.

kenapa blogger perlukan mentor

​Banyal imu blogging yang sukar untuk dikuasai malah ada antaranya sentiasa berubah setiap tahun. Antaranya adalah:

  • teknik penulisan
  • tips mencari idea
  • seo
  • membina backlink
  • teknikal tentang blog
  • pengiklanan

​Bagi blogger baru terutamanya, jika hanya mengoogle dan membaca di blog-blog, ia tidak menjadikan tindakan yang kita ambil tepat.

Kebiasaanya kita akan membuat kesilapan. Sebab ramai orang lebih suka dengan kaedah try and error.

​Tak salah try and error kerana anda akan 'menikmati' banyak ilmu dari kesilapan yang telah dibuat, namun bagi saya ianya tidak lah berbaloi jika perlu ambil masa yang lama.

Sebab itu cara yang terbaik adalah dapatkan seorang mentor dalam masa yang sama anda boleh explore mana-mana ilmu blogging dengan try dan error.

Sekurang-kurangnya anda ada tempat rujukan.

​Di mana nak cari mentor

Namun begitu, mudahkah untuk mencari seseorang yang sudi berkongsi dan bersedia memberi tunjuk ajar? Apa yang saya alami adalah mudah dan sukar.

Mudah apabila anda sumbangkan sesuatu untuk mereka, ini akan memudahkan anda menerima respons atas sebarang soalan yang anda lontarkan.

Sebagi contoh dengan membeli produk digital mereka seperti ebook anda akan diberi akses ke ruangan support. Disitulah tempat boleh bertanya soalan apa sahaja yang tidak faham.

Bukan sahaja owner malah individu lain yang berpengalaman yang ada dalam forum itu juga akan turut membantu beri tunjuk ajar kepada kita.

Kenapa blogger perlukan mentor

​Cara yang perlukan kesabaran adalah jika anda tidak berkemampuan untuk dapatkan sesuatu produk.

Caranya cuba lah menghubungi mereka melalui ruangan contact. kemudian anda perlu tunggu respons dari mereka. pastikan anda guna perkataan yang sangat 'berbahasa'.

Jika pertanyaan anda telah direspons dan ingin melontarkan soalan susulan hindar gunakan ayat yang menekan atau memaksa. Sila biasa gunakan perkataan 'minta tolong', 'maafkan saya', 'kalau boleh' atau perkataan yang sopan.

Maklumlah kita minta bantuan tunjuk ajar mereka jadi kenalah sentiasa berendah diri. 

​Adab dengan mentor

​Apabila bercakap atau berurusan dengan seseorang mentor perlulah dengan adab yang betul.

Samalah macam kita berdepan dengan guru dan ustazah disekolah dulu. Adakah kita akan menggunakan perkataan yang kurang ajar? Apa yang kita buat adalah dengan menggunakan kaedah dan perkataan yang paling lembut dan sopan.

Begitu jugalah dengan mentor untuk blogging. Walaupun kebanyakan masa kita hanya berhubung dengan mereka melalui emel atau phone, tetapi kita tetap akan mengutamakan sopan dan santun.

​Kemudian jika nak bertanya janganlah pulak sampai hari -hari. Letih pula orang nak melayan kehendak kita.

Gunakan dengan bijak peluang untuk bertanya dengan sebaiknya. Elakkan sampai 2-3 soalan sehari. Kumpulkan soalan atau masalah dan dan tanya sekaligus.