PTPTN

 

Salam saudara rakan-rakan sekalian. hari ni dapat jugak aku register balik celcom broadband untuk digabungkan dengan streamyx yang slow. So barulah aku akan kembali rock n roll untuk menggegarkan blog-blog pujaan aku. Kali ini aku nak menyentuh tentang isu terbaru, yang juga ada effectnya pada aku iaitu isu PTPTN yang mana aku juga adalah seorang peminjam PTPTN. Tapi aku dah habis bayar ye..

Asalnya isu ini tercetus disebabkan kes tuduhan penyalahgunaan wang yang berlaku dikalangan beberapa orang pemimpin BN. Antaranya ialah pemansuhan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli dengan MAS yang berjumlah ratusan juta ringgit. Hasil daripada tindakan itu, maka lahirlah pendapat dan cadangan beberapa pemimpin pembangkang supaya kalau pihak kerajaan boleh menghapuskan hutang berjuta ringgit seorang kroni kenapa tidak hutang rakyat terutama pelajar juga dimansuh dan diberi percuma? Kenapa tidak rakyat yang nak belajar dengan kos dalam lingkungan RM 20,000 ke 30,000 ini kerajaan terlau berkira More >