Aktiviti cuti sekolah

 

Cuti sekolah pertengahan tahun dah pun bermula. Bila pelajar-pelajar bercuti, cikgu pun ikut cuti. Kalau time sekolah, sibuknya sampai ke malam. So, 2 minggu ni boleh la melepakkan badan selepak-lepaknya. Tapi tak guna cuti kalau setakat nak bergolek-golek aje di rumah. Mestilah kene buat sesuatu yang berfaedah kepada diri, keluarga, agama dan bangsa..hebatnya aku…kebiasaannya, aku akan mengatur beberapa aktiviti setiap hari sepanjang cuti. Aktiviti ringan-ringan aje pun.

Masa cuti nilah baru ada masa nak memanjat tangga bersihkan sawang kat siling ngan kipas. Biasanya nak bersihkan sawang ni memang makan masa 2 hari jugaklah. Sebab aku ni ada resdung, kalau nak buat sekaligus memang merah berair la mata aku kene habuk. Susah jugak bila ada alahan nih. Hampir  3 bulan dah aku tak cuci kipas, bila tangkap gambar pakai DSLR baru terperasan yang bilah kipas dekat seinci tebal habuknya. Maklumlah tak pernah tutup kipas, kat sini cuacanya panas sebab rumah aku ni More >