Tag: cara nak tentukan niche untuk blog

Cara nak tentukan niche untuk blog

Cara nak tentukan niche untuk blog

​Jika anda  nak buat blog pasti perkara pertama yang berlegar difikiran adalah apakah niche untuk blog yang nak dipilih.

Sebelum ini saya membincangkan kos untuk buat blog, maka kali ini saya akan membincangkan tentang niche. Andai sudah berpengalaman agak mudah nak tentukan niche untuk blog baru yang hendak dibina, namun agak sukar bagi sesiapa yang baru nak berblogging. 

Sebenarnya nak pilih niche kadangkala perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menentukan apakah domain yang hendak dibeli.

niche untuk blog

​kenapa kritikal nak tentukan niche untuk blog?

​Ada beberapa sebab pemilihan niche blog ini agak kritikal. Sebab saya sendiri beberapa kali rasa menyesal apabila membeli niche yang agak sukar untuk maintain update post bagi tempoh yang lama. 

Salah satu puncanya adalah kerana tidak menguasai atau tidak betul-betul memahami sesuatu niche tersebut. Jadi ia akan menyukarkan kita untuk menyediakan update artikel untuk jangka masa lama.

Mungkin kita mampu untuk update sehingga beberapa bulan. Namun bagaimana pula untuk tempoh setahun atau lebih.

​Jika ditanya kepada mana-mana blogger otai berkaitan dengan niche, respons mereka adalah cari niche yang hot yang banyak carianya.

Ya memang benar itulah yang sebaik-baiknya. Namun jangan anda letak diri anda sebaris dengan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan mereka bertahun-tahun lamanya. Mereka sudah memahami dan menguasai pelbagai pengetahuan tentang seo, bagaimana membuat carian keyword malah mpunyai mailing list yang besar yang boleh digunakan untuk meningkatkan ctr blog baru.

​Bagaimana cara terbaik nak tentukan niche untuk blog

​Seterusnya saya akan bantu anda memilih niche yang sesuai. Walaupun saya katakan pemilihan niche untuk blog adalah satu step yang agak kritikal,

niche untuk blog

tetapi tidaklah sehingga anda langsung tidak boleh membina blog andainya anda tidak memiliki sebarang kepakaran. 

So teruskan bacaan anda ye. Ada beberapa cara untuk membantu anda memilih niche blog. 

  • berdasarkan kepakaran dan pengetahuan
  • berkaitan dengan bisnes yang anda miliki
  • jadikan pekerjaan anda sebagai niche blog
  • niche blog personal atau lifestyle

​Niche untuk blog berdasarkan pengetahuan dan kepakaran

​Yang pertama saya sarankan anda memilih niche berdasarkan pengetahuan atau kepakaran yang anda miliki.

Misalnya Ali seorang yang sudah bertahun ke gym. Ali pasti memliki banyak pengetahuan tentang cara membina pelbagai jenis otot, jenis peralatan di gym dan cara menggunakan alatan. Jadi gunakan kelebihan ini untuk membina satu blog yang bernichekan bina badan di gym.

Apabila anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang banyak berkaitan dengan sesuatu aktiviti, maka anda akan dapat hasilkan artikel-artikel dengan content yang berkualiti untuk tempoh jangka masa yang lama. Malah tidak mustahil blog anda akan mendapat pembaca setia yang kerap kembali ke blog anda.

​Contoh kedua.. Abu seorang yang meminati hobi memancing. Jadikan memancing satu niche yang sesuai untuk Abu kerana Abu mampu membuat artikel ​dengan konten yang baik.

Abu boleh sahaja menceritakan pelbagai perkara tentang memancing dari jenis alatan, tempat memancing, cara membaca ramalan cuaca/pasang surut air laut dan berkongsi tangkapan dengan gambar yang fresh.

​Bisnes sebagai niche untuk blog

​Seterusnya jika anda memiliki sebuah bisnes samaada online atau offline ia boleh dijadikan niche untuk blog anda. Sebagai contoh jika memiliki sebuah kedai runcit maka jadikan kedai runcit itu satu niche untuk blog.

Malah apa-apa perniagaan sekalipun yang anda miliki boleh jadikan ia sebagai satu niche blog. Pada saya lebih banyak konten berkualiti boleh dihasilkan berdasarkan perniagaan yang dimiliki.

niche untuk blog

Sebab banyak aspek dalam perniagaan yang boleh dikongsikan. Antaranya kertas kerja, surat sewaan, supplier, tips susunan rak dan banyak lagi perkara yang lain. Kelebihan lain adalah carian untuk niche perniagaan adalah tinggi.

Ini kerana perniagaan adalah niche yang paling ramai orang search di internet terutama jika berkaitan dengan perniagaan online. 

​Pekerjaan anda sebagai niche blog

​Terus terang saya katakan selain kerjaya sebagai seorang usahawan tidak ramai saya jumpa blogger yang menjadikan pekerjaan mereka sebagai niche blog. Jika ada pun kebanyakannya adalah dari kalangan guru. namun niche mereka tidaklah berkisarkan 100% tentang aktiviti mereka sebagai seorang guru. Ada juga saya jumpa beberapa orang yang bekerja sebagai doktor yang memiliki blog untuk berkongsikan pengalaman dan tips serta nasihat kesiahatan kepada pembaca. 

​Mungkin sesetengahnya berasa segan atau malu untuk berkongsi latar belakang pekerjaan mereka untuk dijadikan niche blog. Namun ianya sesuai untuk dijadikan sebagai niche blog anda. saya rasa agak mudah untuk menghasilkan konten berdasarkan kerja yang kita buat setiap hari sehingga bertahun-tahun malah ada yang sampai berpuluh tahun. Jadi ia terpulang kepada anda untuk membuat pilihan niche ini.

​Lifestyle blogger sebagai niche untuk blog anda

Ok dan yang terakhir ini adalah niche yang menjadi pilihan utama kebanyakan blogger baru iaitu lifestyle niche. Kebiasaanya lifestyle niche ditulis dalam bentuk storytelling ataupun dalam bentuk bercerita dan bersahaja. 

Kenapa saya sarankan kepada anda untuk niche lifestyle?

niche untuk blog

Ia kerana dengan niche ini anda tidak perlu fokus khusus pada sesuatu topik atau bidang. Segalanya anda boleh masukan ke dlaam niche lifestyle.

  • hobi
  • pengalaman
  • pengetahuan
  • aktiviti keluarga
  • perasaan anda
  • pandangan politik
  • iklan

​dan macam-macam lagi topik boleh​ ditulis dalam blog anda. Bagi saya ia lebih kepada personal niche. Apa yang anda tulis adalah perkongsian apa sahaja yang anda tahu. Tidak terhad kepada sesuatu niche khas. Kelebihan niche ini ialah anda mempunyai banyak skop topik boleh dibincangkan. Jika susah sangat buka sahaja akhbar dan kupas mana-mana topik yang menarik dan ingin dikongsikan.

​Pilih niche terbaik untuk blog anda

​Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami apa itu niche. Dalam masa yang sama dapat dijadikan rujukan untuk anda membuat keputusan bagi menentukan niche terbaik untuk blog anda. 

​Insyaallah di lain hari saya akan berkongsi pula tips untuk menulis berdasarkan pengalaman bagi blog niche lifestyle. Jika anda sudi silalah subscribe ke mailing list saya untuk menerima update blog ini lebih cepat terus ke emel anda.