Tag: 4 cara pomote blogpost

4 cara promote blog post

4 cara promote blog post

4 cara promosi blog post

share di media sosial fb, twitter dan instagram promote melalui email list rajin comment di blog orang lain link kan antara post dalam blog aktif di forum

Buat artikel untuk di publish diblog sebagai blogpost pada saya tidaklah begitu sukar. Perkara yang agak sukar untuk kebanyakan blogger adalah bagaimana untuk mempromosi blogpost tersebut kepada pembaca.

Jika blogger bergantung sepenuhnya kepada optimise on page sahaja ia akan mengambil masa yang agak lama untuk pengguna internet mengetahui artikel yang telah dihasilkan. 

Berminggu lamanya untuk menunggu pembaca pertama menemui artikel kita melalui organik search. malah perlu pakar berkaitan dengan seo.

Jadi post ini saya akan senaraikan 5 cara yang boleh digunakan untuk promote blogpost anda.

Promote blog post dengan share di media sosial

Hampir semua blogger mempunyai akaun media sosial masing-masing. Lebih hebat berjuta-juta pengguna melayari media sosial setiap saat malah tidak kurang juga memiliki dan aktif lebih dari satu media sosial.

Jadi inilah salah satu cara untuk blogger mempromosi artikel atau blogpost yang dihasilkan kepada ramai audien.

Namun untuk menarik ramai pembaca, seseorang blogger juga harus mempunyai ramai folllower atau friends.Jika konten yang dihasilkan menarik, blogpost anda pasti akan di share ramai pembaca di media sosial.

ini sangat baik untuk tujuan branding melalui artikel yang viral dimedia sosial.

Promote melalui facebook

4 cara promote blog post

Media sosial paling ramai pengguna di Malaysia adalah facebook. Rata-rata rakyat Malaysia tak kira peringkat umur memiliki sekurang-kurangnya satu akaun facebook.

Malah banyak masa rakyat Malaysia di habiskan membaca facebook masing-masing sama ada di tempat kerja ataupun di rumah.

Ini kerana semua maklumat yang ada di mana-mana blog atau website pasti akan di share atau di link kan ke facebook untuk disebarkan kepada pembaca.

Dimana-mana sahaja blog pasti disediakan button atau icon untuk share dan like pada mana-mana bahagian page atau post. Tujuanya untuk memudahkan pembaca sebarkan artikel yang menarik kepada rakan-rakan mereka di facebook

Saya meletakkan facebook sebagai media sosial utama untuk mempromosi blog memandangkan rakyat Malaysia sangat menggemari media sosial tersebut..

 

Promosi melalui instagram

4 cara promote blog post

Selepas facebook media sosial kedua yang ramai pengguna di Malaysia adalah instagram. Kebanyakan pengguna instagram adalah dikalangan mereka yang berumur bawah 40 tahun.

Di instagram pengguna akan berkongsi gambar dengan follower masing-masing.

Instagram sangat sesuai untuk blogger dengan life style kerana anda boleh berkongsi pelbagai gambar berdasarkan aktiviti yang anda alami.

Apa yang saya lihat juga pengguna instagram memberi response lebih baik terhadap produk berbanding di facebook.
 
Ambil gambar di blogpost gunakan untuk diupload ke instagram. Jangan lupa tuliskan hashtag anda.
 
 

Promosi menggunakan twitter

4 cara promote blog post

Seterusnya ialah menggunakan twitter. Twitter ianya lebih simple berbanding facebook dan instagram. Itu sebabnya kebanyakan yang menggunakan twitter adalah dari kalangan tokoh-tokoh korporat, pemimpin-pemimpin politik.

Di twitter perlukan kreativiti untuk menghasilkan tajuk menarik dan provokatif. Sebab hanya dibenarkan sebanyak 140 character sahaja. Jadi pastikan headline yang menarik orang untuk klik dan membaca dan retweet semula.

Promosi dengan mailing list

Untuk promote menggunakan mailing list seseorang blogger perlu terlebih dahulu membina maling list mereka. Sebahagian blogger terutama yang masih baru kebanyakannya tidak menyedari betapa pentingnya memiliki senari linst sendiri.

namun untuk membina mailing list ia memerlukan masa dan kos. Pertama perlu memiliki akaun dengan salah satu dari mana-mana penyedia emel marketing seperti aweber, mailchimp, converkit, getresponse dan banyak lagi.

Buat permulaan anda boleh gunakan pakej yang percuma. Kemudian bila list emel semakin banyak barulah subscribe pakej dengan komitmen bulanan.

Kenapa saya katakan mailing list penting?

Kita ketepikan tentang promosi produk, apa yang saya bincang di dalam post ini adalah bagaimana untuk mendapat pembaca yang ramai untuk artikel yang di publish.

Jika mempunya 1000 emel list, pada saya kemungkinan 10% akan buka dan baca emel yang dihantar. Dari situ sahaja sudah ada 100 pembaca post anda.

 

 

Komen di blog orang lain

Ini boleh lah di samakan dengan blogwalking. Blog walking ni maknanya seseorang blogger itu akan melayari blog-blog dari blogger lain dan meninggalkan komen.

Jika era 2012 ke bawah backlink yang dihasilkan dari aktiviti ini agak bermutu untuk meningkatkan kedudukan blog. namun hari ini kaedah ini tidak begitu positif kesannya kepada kedudukan blog anda.

Namun abaikan tentang ranking blog, apa yang kita bincangkan sekarang adalah mencari pembaca artikel blog. Kebiasaanya blogger akan melakukan kunjungan semula kepada blog lain dan meninggalkan komen.

jadi ini secara tak langsung meningkatkan pelawat di blog anda.

Aktif di forum

Ya… anda perlu aktif di forum.

Apakah jenis forum saya perlu aktif? ini antara soalan yang ramai bertanya.

mana-mana sahaja forum yang berkaitan dengan blog anda. Jika niche travel, anda perlu cari dan aktif di forum berkenaan.

begitu juga jika blog anda fokus kepada motivasi maka anda perlu kerapa berada di forum motivasi.

Sentiasa respon pada mana-mana thread yang ada dalam forum tersebut. Dengan itu anda akan meninggalkan jejak dalam bentuk link blog.

Kenapa perlu promote blogpost anda

Tujuan tidak lain adalah untuk memberi tahu dan menarik orang supaya datang melawat blog anda. Tidak guna jika artikel dihasilkan begitu menarik dan padat dengan info terkini, tetapi tiada orang yang membacanya.

Anda perlu menyediakan garis panduan promosi blogpost detiap kali selepas publish artikel di blog. Dengan cara begitu anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pembaca di artikel yang baru dihasilkan.