Hari ini 2 march 2012. Genaplah sebulan blog segalabenda.com wujud dimuka bumi ini(huish ayat ..). Ini adalah first time aku berblog atau mengenali bidang blogging ini. Pada asalnya terdapat 4 orang penyumbangkan entry dalam blog ini, sehingga kini hanya tinggal aku sorang sahaja yang masih setia dan blog ini telah menjadi 100% kepunyaan aku.. Asalnya, blog ini hendak dinamakan sebagai sebagai belasahaje.com. Tetapi selepas berbincang dengan beberapa ahli yang akan sama-sama menyumbangkan entry, maka sebulat suara kami membeli domain dengan nama segalabenda.com. Logiknya disini ialah kami tidak akan terkongkong atau terhad kepada sesuatu niche. Kami boleh create entry tentang apa sahaja topik yang kami fikirkan logik dan sesuai. Jika kami hanya fokus kepada sesuatu bidang, misalannya usahawan internet, kemungkinan besar kami akan kehabisan idea. Maklumlah kesemuanya masih mentah dan baru dalam bidang penulisan blog. Lagipun penulisan kami belum mantap dan baik seperti penulis denaihati.com,  azmanisma.com, ridzuanrichie.com dan lain-lain lagi. Kesemua entry adalah hasil dari pengalaman, pengetahuan dan persoalan dari benak kepala kami.

Dalam tempoh sebulan ini, segalabenda.com telah mendapat sedikit kemajuan hasil dari usaha yang telah dilakukan. Dibawah ialah prestasi segalabenda.com yang tak seberapa:

1) Alexa ranking segalabenda.com telah meningkat ke 6858804.

2) Jumlah unique visitor adalah sebanyak 2100.

alexa rankJumlah 5 referrer terbanyak datang dari beberapa link mengikut susunan iaitu:

1) apesal.com

2) denaihati.com

3) azmanisma.com

4) ar4style.com

5) muazfaris.com

 

Malah segalabenda.com juga telah menerima beberapa komen pada post-postnya dari bro denaihati, bro azmanisma, bro yus, bro faizfakhirin dan bro muazfaris. Thank you semua bro sebab korang sudi berkunjung ke blog aku yang masih muda remaja ini walaupun korang semua sudah bergelar otai blogging. Aku pun tak sangka korang sudi datang melawat blog aku ni.

Untuk bulan yang kedua ini aku akan berusaha untuk meningkatkan lagi kedudukan blog segalabenda.com. Sekurang-kurangnya untuk mencapai alexa ranking 2000000. Untuk mencapai target ini aku memerlukan bantuan blogger yang lain terutama dari segi tunjuk ajar. Jika ada tunjuk ajar yang ingin korang berikan boleh la sekiranya nyatakan diruangan komen atau hantar cadangan melalui form hubungi saya. Bantuan dan tips yang anda berikan sangat aku hargai.

 

 

Post-post Yang Mungkin Anda Nak Baca