Pelajar belasah guru disiplin
Pelajar belasah guru disiplin
Berita yang aku baru baca tadi tentang guru kenas bantai di sekolah. Seorang guru disiplin di sekolah telah DIBELASAH oleh 15 orang pelajar sekolahnya…makin kerap dengar berita guru dipukul dan dibelasah oleh pelajar terpampang kat paper. Itu tak masuk lagi kes yang tidak masuk akhbar. Tak kira di mana kawasan pun, sememangnya tugas guru sudah semakin mencabar. Bukan mencabar berhadapan dengan arus perkembangan ilmu, tetapi lebih kepada disiplin dan mentality pelajar. Apalah sangat yang boleh dilakukan oleh seorang guru bila berhadapan dengan pelajar yang ganas seperti itu.
Kalau kes sebegini kepada siapakah jari telunjuk korang tu nak ditudingkan?? Nak salahkan siapa? Salah guru ke lagi? Salah kemudahan sekolah ke? Tapi yang tak tahannya ada jugak yang menyalahkan guru kerana tidak pandai me’nackle’ hati pelajar. Mak bapak sendiri pun tak mampu nak tackle, apatah lagi guru. Nak tackle macam mane lagi. Ke nak tackle pakai kaki? Susah..susah…Apa tindakan kepada pelajar berkenaan? Biasanya kalau kes tak masuk paper, polis akan minta sekolah seboleh-bolehnya selesaikan dengan cara diplomasi. Maksudnya diselesaikan dalam suasana keluarga. Mak bapak pun datang la sekolah merayu-rayu menangis minta di beri kemaafan kepada anak mereka dari menerima tindakan undang-undang(masuk sekolah H.Gurney).. guru yang dipukul pun terasa kesian lalu memaafkan pelajar berkenaan. Terlepas lah pelajar tersebut. Inilah rentetan peristiwa kes pelajar tumbuk guru di sekolah di daerah aku. Cuma kalau dah masuk berita, itu memang tidak dapat diselamatkan dah.
Kes pelajar pukul guru, bagi warga pendidik seperti aku, bukanlah satu kes terpencil dan ganjil. Bagi korang yang bukan warga pendidik mesti korang dengar sesekali aje..tetapi bagi kami, kes-kes sebegini kerap didengar tetapi didiamkan oleh pihak sekolah. Seboleh-bolehnya kami akan elakkan cerita tu terkeluar kerana ia akan merosakkan masa depan pelajar yang berkenaan dan nama baik sekolah. Itu kalau pelajar pukul guru, bagaimana pula kalau guru pukul pelajar. Habis la guru tu hehehe.. mesti pertama-tamanya, akan menerima serangan dari ibu bapa. Kalau datang maki hamun je tu kira ok lagi, tapi kalau datang bawak parang panjang, tu yang bahaya.
Nak mengubah sikap pelajar ni, watak utama yang perlu ada ialah ibu bapa. Guru setakat mengajar di sekolah aje. Jumpa pukul 7.30 pagi balik pukul 1 tengahari. Takkan nak harapkan polis pulak. Takkan nak salahkan KPM sekali. Setengah orang menyalahkan persekitaran social. Apesal pulak. Bagi aku factor tu bukanlah factor utama kerosakan kepala otak pelajar sekarang ni. Sepatutnya ibu bapa kena jaga segala gerak geri anak. Sentiasa peka kepada perubahan sikap dan perlakuan anak-anak. Kalau mereka keluar rumah, perhatikan dengan siapa mereka berjumpa, apa yang mereka buat, apa yang mereka rancang. Kawal jugak penggunaan internet, TV dan phone. Kerap berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui disiplin anak-anak. Yang masalahnya, panggil setahun sekali serah kad laporan pelajar pun susah nak datang. Mana boleh cakap ‘kami sibuk mencari rezeki’. Hamboiii..sendiri punya anak, bila buat salah nak salahkan orang lain..aku bukan nak blame sesape, tapi aku sebut sebab itu lah reality hari ni. Guru tangkap anaknya hisap rokok, ibu bapa tuduh pulak guru yang sengaja buat cerita. Guru hantar surat amaran ketidakhadiran, tak percaya pulak kerana katanya beliau sendiri telah menghantar anaknya kedepan pintu sekolah. Feningla…feningla..feningla pengetua hehehe..
Jadi tidak hairanlah kalau ada dengar guru-guru terutama guru lelaki yang ber’geng’. Sampaikan pelajar pun ada berbunyi ‘ni geng cikgu yang otai, jangan main-main’..tujuannya bukan nak jadi ganas seperti pelajar, tetapi lebih kepada menonjolkan signal, ‘jangan tunjuk samseng di sekolah ni’ lebih kurang tu la maksudnya huhu..kepada pelajar-pelajar di luar sana, hormatilah guru-guru anda. Kalau tidak segala ilmu yang anda dapat tu takkan berkat selama-lamanya. Kalau dah ilmu pengetahuan pun tak berkah, sendiri pahamlah..




dah tebalik dunia sekarang, murid pula yang kurang ajar
donnyien recently posted..Kes Penipuan Pemadam Api, Saya Kena Bayar RM220 Buta-Buta!