Avanza, Innova, Grand Livina atau Exora CFE

 

Hujung tahun ni family aku akan bertambah saiznya dari 5 menjadi 6 insyaallah..Bila family bertambah, maka perbelanjaan pun bertambah, masa yang diperlukan pun bertambah, tenaga pun perlu ditambah dan saiz kereta pun perlu ditambah..pendek kata semua kene ditambah. Dalam banyak-banyak benda yang perlu ditambah, paling kritikal adalah saiz atau ruang kereta. Maklumlah untuk tahun depan – diri sendiri, seorang isteri, 2 kembar umur 4 tahun, 1 baby  1 tahun  10 bulan dan 1 baby akan lahir bulan 12 ni..Agak-agak nak pergi  holiday naik gen-2 ok ke. Pengalaman ari tu pergi ke kundasang, masa tu masih 3 anak memang kereta jadi tin sardine..keperluan anak kecil ni banyak tak macam anak-anak yang dah besar. Beg pun kene besar. Susu kena bawak. Pampers kena bawak. Mainan pun kena bawak. Kena bawak juga toto dan bantal untuk anak baring-baring dalam kereta.

Bila fikir-fikir habis-habis, memang aku kena dapatkan sebuah MPV untuk kegunaan keluarga. Macam manapun dengan gaji yang tak sebesar mana ni, target aku adalah MPV yang bernilai bawah 100k aje. Sebab gen-2 punye loan pun masih ada 2 tahun lagi. Kalau beli yang mahal-mahal silap gaya makan ikan bilis hari-hari hehehe…aku dah menyenarai kan beberapa MPV dalam lingkungan 100k ke bawah iaitu:

Avanza

Innova

Livina

Exora

Citra

Chery Easter

Setakat ni aku dah pun memandu uji 2 buah MPV iaitu New Avanza full spec dan Innova type G. Yang lain-lain tu masih belum berkesempatan sebab takda pusat test drive mereka di tempat aku ni. Tak semua aku dapat nak test drive, tapi target aku lepas ini ialah livina dan exora. Citra aku pernah naik dan drive kereta bapa saudara isteriku. Berbalik pada MPV yang aku dah test drive iaitu avanza dan innova, kedua-duanya memang banyak perbezaan pada pendapat aku. Innova handling lebih sedap dan stabil disamping saiznya yang memang macam bilik bergerak. Aircond pun ok sebab dia ada rear blower. Aku test jugak duduk di belakang memang selesa dan tidak begitu terasa bumpingnya. Cuma dashboardnya tak memberangsangkan otak aku..nampak macam simple sangat. Avanza pulak bagi aku agak ok. Dengan Avanza full spec, ciri-ciri keselamatan semua ada dengan harga dalam 80k. Saiznya lebih kecil dari innova dan yang pasti beratnya lebih ringan dari Gen-2 aku. Exteriornya agak menarik pada pandangan aku, cuma seat row 2 dan row 3, macam tak begitu selesa untuk duduk lama-lama. Bumping masih ada cuma tidak sedasyat generasi dululah..kalau dulu 100%, sekarang ni tinggal dalam 40-50%. Apapun still pening gak aku bila test tarik 100km/j.

testdrive avanza

testdrive avanza

Test drive Innova

Test drive Innova

 

Walaupun begitu, avanza lebih ekonomi dari innova untuk orang berpendapatan seperti aku. Tapi masih ada lagi MPV yang dah aku buat kajian di internet seperti livina dan exora bold premium CFE..Cuma aku masih belum dapat nak pandu uji lagi..dari gambar yang aku dapat hasil carian di google, interior exora memang cantik dan menarik. Jauh lebih mengancam kalau dibandingkan dengan innova dan avanza.  Saiznya pun agak besar dan selesa untuk anak-anak bergusti kat dalamnya. Bagi korang yang memiliki exora atau livina, boleh tak kasi review atau pendapat kat aku. Bukan review buat post kat blog korang, just kat ruangan comment aje. Sebab exora ni first proton MPV. Dari segi interior dan exterior nya memang menarik, tetapi dari segi engine tak tau la macam mana. MPV Toyota seperti avanza memang ramai orang akui ketahan dan kelasakan enginenya. Nak beli benda harga puluh-puluh ribu ni kena buat kajian menyeluruh supaya nanti dah beli tak timbul rasa menyesal..kalau tak lawa takpe, jangan asyik rosak aje..

 

Post-post Yang Mungkin Anda Nak Baca