3 Cara untuk konsisten menulis di blog

3 Cara untuk konsisten menulis di blog

Kenapa gagal berblogging

Pernahkah anda gagal blogging sebelum ini? Saya pernah gagal berblogging. salah satu puncanya adalah kegagalan untuk terus menulis. Post kali ini saya senaraikan cara untuk konsisten menulis di blog.

Baik, kegagalan untuk terus menulis di blog terbahagi kepada beberapa sebab. Antaranya:

Update Terkini Terus ke Email

Dapatkan post terkini terus ke dalam inbox email anda.
envelope
envelope
  • ketiadaan idea
  • sibuk dengan kerja hakiki
  • tidak mencapai sasaran yang dikehendaki selepas tempoh yang lama
  • kegagalan dalam seo

Kegagalan saya berpunca dari sebab yang ketiga iaitu langsung tidak mencapai sasaran untuk buat duit di blog. Usahkan ratus atau ribu, malah satu sen pun tak berjaya. Sebab itulah saya berasa putus asa ketika itu untuk terus berblogging.

Walaupun ketika itu blog segalabenda.com ini telah mencapai alexa rank 300k++ dan bandwith lebih 10gb sebulan, namun saya tidak pernah berjaya menjual.

Untuk pengetahuan anda, blog segalabenda ini telah 4 tahun domainnya dimiliki orang lain sebelum saya berjaya membeli semula 1 bualan yang lepas. Sila baca post yang bertajuk blog segalabenda.com kembali

3 cara untuk konsisten menulis di blog

Cara untuk konsisten menulis di blog

Ada beberapa cara untuk terus konsisten menulis di blog. Namun ianya mestilah hadir bersama tekad hati untuk berjaya dengan blogging atau pun dengan minat yang mendalam.

Jangan terlalu meletakkan harapan kepada kebendaan seperti duit. Jika terlalu berharap kepada hasil pulangan dalam bentuk wang maka besar kemungkinan berdepan dengan risiko kegagalan.

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan kita pasti akan terpengaruh dengan keinginan untuk mendapatkan hasil. Cuma perlu berpada-pada agar tidak hilang fokus untuk penghasilan artikel yang baik dan berkualiti.

Menyediakan jadual kerja

3 cara untuk konsisten menulis di blog

Jadual kerja untuk menulis sangat penting. Tanpa jadual, kerja menulis tidak akan tersusun dan banyak masa yang dibazirkan tanpa perancangan yang teliti.

Seorang blogger perlu menyediakan satu lembaran kerja dengan jadual lengkap untuk mmbolehkan penghasilan artikel mengikut masa yang di tetapkan.

Jika seseorang blogger itu adalah full time blogger ia memang tiada masalah kerana blogging adalah kerja sepenuh masanya. maka ia boleh fokus sepenuh masa setiap hari kepada pembikinan artikel blog.

Namun berbeza jika blogger sambilan seperti saya sendiri yang mempunyai kerja hakiki lain. Jadi saya tidak memiliki masa yang banyak untuk diberikan kepada pengurusan blog.

Oleh itu anda perlu tetapkan/bina satu jadual yang sesuai dengan mengambil kira masa pekerjaan hakiki anda.

Kenapa perlu jadual kerja untuk blogging

kenapa saya tekankan pembinaan jadual kerja untuk berblogging?

  • Pertama seperti yang saya sebut di atas adalah faktor pengurusan masa atas sebab kerja hakiki
  • kedua banyak aktiviti dalam berblogging yang perlu diberi perhatian. berblogging bukan sahaja membina artikel tetapi juga tentang seo, promote blogpost, carian keyword, melayan soalan pembaca dan lain-lain pengurusan blog.
  • Ketiga pula untuk diri kita sendiri mengaudit apa tindakan yang telah dijalankan sepanjang tahun berblogging. Ini akan dijadikan rujukan untuk merancang kerja blogging untuk tahun seterusnya.

Ruangan meja kerja

Saya katakan blogging adalah satu pekerjaan. Kerja ini tak ubah macam anda kerja di ofis sebagai kerani. Anda akan banyak menghadap monitor laptop atau pc dengan alat tulis dan buku catatan.

Adakah meja ofis bersepah?

Adakah meja kerja anda di ofis tidak tersusun dan bersampah?

Saya rasa tidak. Saya yakin semua meja kerja kita di ofis adalah kemas dan tersusun dengan baik.

Jadi anda perlu juga miliki tempat kerja atau ‘workspace’ di rumah untuk berblogging sama seperti di ofis.

3 cara untuk konsisten menulis di blog

Saya sarankan anda mengeluarkan sedikit kos untuk membina dan mencantikkan meja kerja anda di rumah. saya lebih gemar menggunakan tema putih sebab kelihatan bersih dan kemas.

Tidak lah “overdose” jika nak menyediakan pewangi di atas meja kerja untuk menenangkan hidung anda.

Seterusnya bagi saya yang agak penting ialah muzik. Saya tak boleh buat kerja tanpa lagu. Sebab tu atas meja saya ada satu set speaker, headset dan earphone untuk pasang lagu.

Stress kalau tak ada muzik.

Blogging dengan santai

Blogging walaupun umpama pekerjaan, tapi jangan jadikan ia terlalu stress. Boleh sahaja menulis di atas katil atau dimana sahaja tempat yang sesuai. namun kebanyakan masa menulis, keyword search dan seo adalah seuai dilakukan di meja kerja.

Untuk lain-lain seperti membalas emel pembaca, komen pembaca dan mempromosi post blog, saya rasa lebih santai jika dilakukan di tempat-tempat lain seperti di starbuck atau restoren.

Lebih bagus jika anda sediakan satu minuman panas seperti kopi atau nescaffe untuk memberikan lebih semangat dan mood untuk menulis. Tapi jangan pulak teh ais ye huhu..

3 cara untuk konsisten menulis di blog

3 cara untuk konsisten menulis di blog

Demikianlah 3 cara untuk konsisten menulis di blog yang dapat saya senaraikan. Seperti anda juga saya masih noob ilmu pengetahuan dalam dunia blogging walaupun saya sudah menulis di blog sejak tahun 2009 lagi.

Untuk tambahan maklumat bagaimana untuk konsisten menulis boleh melawat sebuah blog dari Indonesia yang saya lihat mempunya konten bagus untuk dipelajari.

Cara konsisten menulis di blog

Mungkin ini boleh diistilahkan saya tidak begitu berbakat. Namun begitu saya tetap yakin untuk berkongsikan pengetahuan yang saya miliki dan pengalaman yang telah saya lalui untuk kebaikan bersama.

Saya berharap artikel ini dapat memberi semangat dan mood untuk anda terus konsisten menulis. Marilah kita sebarkan semua ilmu yang kita miliki kepada pembaca melalui blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

​Update t​ips blogging terus ke emel anda