Filem Ganas

 

Bagi sesetengah orang macam aku, kecenderungan menonton filem adalah filem-filem yang banyak dengan aksi perang dan pergaduhan. Taktau la kenapa aku berminat dengan filem-filem jenis macam tu. Nak kata aku ni ganas dan brutal tak jugak. Malah aku ni penuh dengan kosopanan dan ketatasusilalaan. Aku memang tak boleh layan movie-movie yang perasaan-perasaan ni macam Ombak Rindu ke, cinta Stelleto ke atau filem lain yang sejenis dengannya. Tu yang aku jadi menyampah bila tengok wife aku boleh pulak feeling sedih tengok Ombak Rindu.

Walaupun aku ni peminat filem yang ganas-ganas, tetapi dalam hati kecik aku tetap menyatakan filem-filem yang berunsurkan keganasan ni tidak sesuai ditayangkan kepada anak-anak kita di bawah umur. Sebagai contoh, rasanya macam tak ada kebaikan langsung jika seorang remaja menonton filem KL gangster. Dimanakah positif yang boleh diambil untuk kebaikan mereka? Dari segi pertuturan dan perbuatan dalam movie itu tidak ada satu pun boleh memberi contoh yang baik. Perkataan dan ayat “potong lu punya kasi anjing makan lagi bagus”, “gua kasi lu mati” dan banyak lagi perkataan kurang ajar yang digunakan dalam movie KL gangster. Sebagai guru sekolah, filem tu di masa awal tayangannya di astro first memang sangat memberi kesan kepada segelintir pelajar. Terutama kepada pelajar yang sememangnya bermasalah di sekolah seperti suka bergaduh dan yang berpuak-puak.

Filem ganas

Ihsan google

Sehinggakan daripada penggunaan perkataan “aku”, mereka sudah bercakap sesama sendiri dengan menggunakan perkataan “gua” dan “lu”. Itu belum lagi ajukan percakapan seperti “gua sengat sama lu” dan “lu pergi mampus”. Semua perkataan dan ayat tu hanya mula bermain dibibir mereka selepas kemunculan movie KL Gangster. Apa yang kita nak banggakan sangat dengan filem seperti itu. Bagi aku filem-filem ganas ini hanya menggalakkan lagi atau mengajar seseorang menjadi jahat dan samseng, yang terpengaruh adalah dikalangan anak-anak dibawah umur yang masih bersekolah.

Dengarnya, tak lama lagi akan keluar pulak KL Gangster 2, jadi memang aku nantikan apa pulak pembaharuan sikap samseng dan jahat yang bakal diikuti oleh remaja. Aku yakin yang filem kedua ni pasti akan mendapat sambutan yang lebih baik dari yang pertama. Kemudian producer akan naik ke pentas menerima piala apabila memenangi anugerah hasil filem yang diciptanya. Semua orang tepuk tangan dan memuji konon karya seninya itu sangat hebat dan terbaik. Tetapi berapa “ekorkah” dari yang bertepuk tangan memuji tu ada memikirkan implikasinya terhadap pemikiran remaja yang menonton. Berapa “ekorkah” terpikir berapa ramai pelajar sekolah yang meniru perkara negetif dalam filem tu.

Filem Ganas

Ihsan google

Bagi kita yang dewasa mungkin menonton sebagai hiburan dan seronok-seronok sahaja. Aku rasa tidak mungkin dengan menonton movie-movie seperti itu akan mengubah sikap kita yang dewasa ini menjadi seperti watak dalam movie tersebut..Tapi bagi remaja terutama pelajar yang masih bersekolah, apa yang berlaku dipersekitaran dan dilihatnya akan mencorak pemikiran dan kenderungan mereka. Sepatutnya, perlu dibuat satu panduan atau peraturan tentang ciri-ciri filem yang boleh ditayangkan kepada umum. Filem-filem yang berunsur ganas dan pergaulan bebas perlu dielak dan lagi bagus kalau ianya diharamkan dari ditayang. Tak ada ruginya negara kalau kita menyekat sebarang filem yang berpotensi mendatangkan keburukan kepada pembentukan akhlak rakyat.

Ini cuma pada pendapat dan pandangan aku. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Kepada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku, tidak ada masalah, kan ke negara kita ni bebas bersuara dan demokrasi.

Post-post Yang Mungkin Anda Nak Baca