Jiran Bandar dengan Jiran Kampung
Jiran Kampung dan Jiran Bandar
Sejak bekerja, aku dah berpindah sebanyak 3 kali di 3 taman atau kawasan yang berbeza. 3 kali jugaklah aku mendapatkan jiran yang baru. Itu tak termasuk semasa aku tinggal di rumah sewa masa zaman belajar UITM Shah Alam dulu. Menyentuh pasal jiran ni, aku pernah terbaca satu hadis nabi yang menyuruh kita mengambil berat tentang jiran hatta perlu hantar makanan kepada mereka jika mereka ternampak dan terbau masakan kita. Begitulah beratnya hubungan berjiran ni. Malah lebih lagi dari saudaramara kita.
Aku berasal dari kampung dan biasa dengan cara berjiran di kampung. Bila aje mak selesai masak, maka nama akulah selalu dipanggil suruh pergi hantarkan lauk ke rumah jiran. Ada 5 buah rumah yang berhampiran dengan rumah aku, maka 5 pinggan lauklah yang perlu aku hantar. Tapi rumah dekat-dekat aje, 5 minit boleh selesai. Itu belum lagi musim Ramadan. Biasanya mak aku akan masak dalam 2 jenis lauk dan sejenis dua kuih, tapi dalam kuantiti yang banyak. Kemudian tinggal lagi dalam setengah jam waktu berbuka, maka akan berlakulah exchange lauk-pauk(macam exchange link la). Bila aje duduk nak berbuka tengok lauk dah penuh dan bermacam. Best sungguh masa tu.
Bila ada kenduri kendara kahwin, kebiasaanya rumah yang ada majlis kenduri tu dah meriah 3-4 hari lebih awal.. Orang kampung akan datang gotong royong pasang khemah, siapkan tungku tempat nak masak dan kemaskan halaman rumah. Yang pemuda-pemuda pulak pergi cari kawah,periuk, pinggan mangkuk dan kayu api. Begitu jugaklah yang lain-lainya memainkan peranan masing-masing. Itu belum lagi yang menyumbang bahan-bahan mentah sikit sorang.
Jika ada jiran-jiran yang sakit(sakit teruk) biasanya rumah tu sentiasa ada orang menunggu, takut-takut terjadi sesuatu pada pesakit. Imam masjid kampung aku ada 3 orang, jadi mereka akan sentiasa bergilir-gilir menunggu sambil membaca surah yassin di temankan oleh beberapa orang kampung yang lain. Sampai begitu orang kampung mengambil berat susah senang jiran-jirannya.
Apabila aku dewasa dan tinggal di bandar-bandar, aku tidak lagi merasai perasaan dan budaya semasa zaman aku muda-mudi di kampung. Sangat-sangat berbeza. Sesama jiran tidak bertegur sapa dan mesra. Dan lebih parah lagi bila berjiran dengan kaum cina. Usahkan nak menegur, memandang pun tidak. Pernah terjadi waktu maghrib, aku ternampak seseorang di atas bumbung rumah jiran cina aku, aku pun dengan rasa bertanggungjawabnya pergi kedepan rumah dan panggil dia sebab nak bagitau kemungkinan pencuri nak masuk rumah, akhirnya jiran aku tu keluar cakap “ndak apa, anakku juga tu” dan terus menutup pintu tanpa senyuman atau mengucapkan terima kasih. Korang bayangkan lah punya la sakit hati aku, walaupun yang di atas bumbung tu bukan pencuri(anaknya) sekurang-kurangnya berterima kasih la kepada jiran yang mengambil berat ni..Pasni kalau aku nampak apa-apa lagi kat rumah die, tak kisahla perompak ke pembunuh ke, aku biarkan aje hehehe…jahatnye aku.
Tapi tak la semua jiran-jiran di bandar macam tu. Masih ramai lagi yang masih berfikiran seperti aku. Cuma tempat-tempat yang tertentu aje. Mungkin bagi sesetangah orang lebih suka balik kerja tutup pintu pagar tutup langsir dah tak tengok muka orang dah. Ada sesetengah orang suka bersosial dengan orang ramai. Masing-masing dengan pendapat dan keselesaan sendiri. Korang pulak macam mana??




Masih ada cuma keakraban tu tak sekuat di kampung.
azmanisma recently posted..Lambaian itu mendamaikan