Barang naik

 

Awal tahun ni semua kakitangan awam melompat seronok bila gaji mengalami kenaikan. Malah aku sendiri pun gembira bila gaji aku naik dalam 16% keseluruhan termasuk elaun. Mula la buat budget baru berdasarkan peningkatan pendapatan. Boleh besarkan sikit insurans, besarkan sikit ansuran kereta dan besarkan kadar simpanan sspn anak. Pendek kata semua keperluan jangka panjang semua dibesarkan dan dalam masa yang sama masih mengekalkan jumlah budget untuk penggunaan harian dan bulanan yang lama. Tetapi, tiba-tiba budget penggunaan bulanan jadi tak cukup seperti biasa. Siap kene topup lagi. Takkan aku kuat sangat makan. Takkan anak aku minum susu 2 botol sorang sekali menyusu.

Bila dikaji-kaji barulah perasan kenaikan harga barang dah pun berlaku kat tempat aku – Kudat, Sabah. Pendek cerita kalau dulu nak makan nasi goring pattaya RM 5..tapi sekarang dah jadi RM 6. Kalau dulu ikan kembong sekilo RM 6, sekarang dah jadi RM 7. Kalau dulu ayam RM 10, sekarang dah jadi RM 11.50…Kalau dulu daging import RM 15, kelmarin dah jadi RM 16.50… Tahun lepas tak pulak die naik. Tiba-tiba tahun ni bila umum gaji naik, serta merta barang-barang tu pun naik. Bengang lak rasanya. Bila ditanya pada penjual, maka alasan yang diterima ialah mereka dapat dari supplier dengan harga yang lebih tinggi. Taktaulah betul ke tak alasanya sebab kalau diikutkan memang semua penjual menaikkan harga pada harga yang sama.

harga barang naik

Mungkin bagi kakitangan awam yang dah pun menikmati kenaikan gaji ni tak begitu terasa dengan kos bahan yang tinggi, tetapi bagaimana dengan mereka-mereka yang bekerja di sektor swasta(tapi dah dapat gaji minima), orang-orang kampong dan mereka yang berpendapatan rendah. Macam mana la nak survive dengan harga barang makanan yang mahal. Tambahan pulak bagi keluarga yang memiliki anak yang ramai. Bila minyak naik, barang pun confirm naik. Tapi time minyak tak naik, pandai pulak harga barang naik ikut pendapatan rakyat. Ni yang dipanggil VANGANG!! So apa lagi kalau esok lusa harga minyak naik? Lagi pening rakyat bawahan nih. Apa fungsi  penguasa negara dalam menjaga kebajikan rakyat. Apa guna bagi gaji lebih, sedangkan pendapatan tu tak dapat lagi mengatasi harga barangan yang naik. Baik tak usah bagi kenaikan gaji dan tetapkan dengan kadar tahun lepas aje. Takdalah barang naik dan sekurang-kurangnya, orang-orang yang bukan kakitangan awam tak lah semakin tertekan dan terasa bahang kenaikan harga.

harga barang naik

Nak cakap pun susah. Sat lagi mesti ada yang sound aku pasal tegur berkaitan “penguasa” nih. Tapi itulah dia reality yang mula berlaku sekarang ni. Di tempat korang aku tak  pasti samada dah berlaku kenaikan harga barangan atau tidak. Lepas ni senang-senang, pakat buat kolam aje, untuk ternak ikan air tawar. So hari-hari makan ikan keli hehehe..tak pun bela ayam kampong banyak-banyak, then senang sikit nak makan ayam. Kos pun rendah, setakat beli dedak aje. Pastu bercucuk tanam sayur-sayuran kat tepi-tepi rumah dan tak payah nak beli sayur lagi pasni. Kebaikanya terhindarlah kita dengan makanan yang tercemar dengan bahan kimia seperti sayur dan ayam. Hehehe,,apa macam bagus ka idea tu. Bagus tak bagus memang itulah yang dilakukan oleh golongan petani disini. Pendapatan mereka sangat rendah, sedangkan anak ramai sehingga berbelas-belas. Nak tak nak terpaksalah bertani. Beras pulak mereka bersawah. Protein lak, ikan kering dan tangkapan dilaut. Kalau nak beli pun mungkin gula dan garam aje lah agaknya.

Kalau kuasa membeli rakyat rendah, boleh ke negara menuju ke arah negara maju. Boleh ke tercapai wawasan 2020 yang selalu dilaungkan tu. Tinggal 8 tahun aje lagi untuk sampai ke waktu sasaran tu. Aku bukanlah orang ekonomi dan aku bukanlah orang politik. Cuma memberi pandangan dari kacamata seorang rakyat yang secara langsung berada di tengah-tengah kenaikan harga barang. Dan yang bestnya  toilet kat Kudat pun dah naik ke 30 sen dari 20 sen..wa caya la..

Post-post Yang Mungkin Anda Nak Baca