Dah 3 tahun aku mengalami gastric yang agak melampau. Macam-macam ubat dah telan, macam-macam dokotor dah pergi, tapi masih macam tu jugak. Sehinggalah aku pergi jumpa seorang tabib cina di area aku ni. Kat sini cuma ada seorang aje tabib cina. Aku panggil dia ngan nama mesra “auntie”. Dalam tempoh setahun berubat dengan dia, rasanya beribu dah habis, dan alhamdulilallah sekarang ni dah kurang la sikit berbanding dulu. Dalam tempoh berubat dengan auntie tu, kerja aku setiap malam minum air rebusan herbanya. Pahit bukan kepalang rasanya.

Melalui pertanyaan-pertanyaan aku kepada rakan-rakan saudara-mara yang menghidap gastric ni, sebenarnya lain orang, lain sakitnya. Walaupun aku dah lama kena gastric, tapi rasa sakit aku tak macam orang lain. Apa yang aku rasa ialah rasa sesak nafas dan nafas tak puas. Then perut aku bila di tepuk ia berbunyi penuh angin dan adakalanya tidak. Tak pernah lak aku rasa sakit perut macam orang lain sampai berguling-guling sakit. Kemudian satu lagi yang aku alami ialah kerap rasa meyucuk-nyucuk di dada terutama didada kiri. Memang mula-mula aku rasa aku dah kena penyakit jantung. Risau sungguh masa tu. Tapi bila check ngan doctor, mereka kata jantung aku normal. Sehinggalah satu malam tu, pukul 2-3 pagi aku terpaksa ke hospital sebab aku rasa nafas aku tinggal setengah aje dah. Bila sampai di hospital, doktor check guna ecg untuk melihat degupan jantung aku. Semuanya normal. Kemudian doctor jalankan beberapa ujian lain, Alhamdulillah semuanya normal. Akhirnya doctor tu kata, “ cuba cikgu minum air ni kemudian cikgu rehat sekejap” Air tu warna putih(gravinscon kot), then pas minum aku baring kejap. Kemudian lepas 5 minit aku duduk untuk betulkan selimut sebab bukan main sejuk lagi kat kecemasan ni. Elok-elok aje aku duduk, terus aku tersedawa panjang dan bersambung-sambung lagi.. terus lega rasa dada aku. Elok rasanya balik aku bernafas.

Dari situlah doctor kata yang aku ni kena gastric. Alasanya apabila gastik tu naik ke ruangan esophagus, ia akan membuat ruang untuk pernafasan semakin sempit. Sebab itu kita akan rasa tidak puas bernafas dan dalam masa yang sama akan rasa menyucuk-nyucuk di dada. Selain tu, apabila gastric aku datang menyerang, seluruh tubuh aku akan berpeluh dan lemah walaupun aku tidak mengalami kesakitan di mana-mana tubuh badan aku. Selepas dari berjumpa doctor tu lah aku mula berubat sana-sini sehinggalah aku berubat dengan tabib cina tu. Mula-mula memang terlalu susah nak menelan ubat pahit perubatan cina nih. Pahit sangat-sangat, aku kena minum kena ikut gaya P. Ramlee tutup hidung. Selepas beberapa kali perjumpaan dengan tabib cina tu, setiap malam lepas gastric aku datang, pasti aku akan tersedawa sehingga termuntah air yang putih tetapi sangat masam. Air itu yang dikatakan pencetus gastric dalam perut aku. Tabib cina tu jugak telah memberi aku minum susu kambing tetapi bukan higoat. Susu kambing tu produk dari Australia iaitu Purenat. Rasanya hamis macam bau kambing. Aku disuruh minum tanpa letak gula. Cara bancuhannya pun lain. Ia tak boleh dilarutkan dengan air panas, sebaliknya perlu menggunakan air bersuhu biasa. Amalan lain yang perlu aku amalkan ialah madu. Madu yang diberikan kepada aku ialah madu Cheangmai. Menurut tabib cina tu, sebenarnya dah lama aku ni kene gastric, cuma aku tak sedar aje. Jadi madu tu sesuai untuk memulihkan usus besar dan usus kecil aku kembali. Selain dari tu ialah aku perlu berpantang habis-habisan. Antara semua tu, yang perlu aku pantang seumur hidup ialah nenas dan terung. Seumur hidup beb!! Pajeri nenas dan terung ialah kegemaran aku sejak kecil. Apa boleh buat, dah tak sanggup aku nak menahan kepayahan gastric  nih.

Alhamdulillah sekarang ni gastric aku semakin pulih. Kalau dulu 100% mungkin sekarang ni tinggal dalam 10% aje lagi. Minngu lepas isteri telah belikan sebiji termos air untuk aku. Menurutnya, plus air tu sesuai untuk kesihatan usus seseorang. Dah banyak rakan-rakan nya disekolah yang mencuba dan telah rasa akan keberkesanan termos tu. Caranya ialah masukkan air biasa, seelok-eloknya air suam kedalam termos tu dan biarkan selama 10 minit. Kemudian buka dan minum sahaja airnya. Ia perlu diamalkan selalu. Antara kesan yang dialami oleh rakan-rakan isteri aku ni, mereka akan termuntah lendir yang berwarna putih dan masam. Kemudian rasa sakit-sakit badan dan pening-pening kepala. Gejala tu mereka alami bergantung kepada sekuat mana gastric didalam badan masing-masing. Tapi aku pulak tak merasakan sangat apa-apa perubahan pada badan. Kecuali sekali aku muntah selepas rasa angin dalam perut aku berpusing-pusing. Mungkin aku dah semakin sihat so takda apa-apa lagi yang nak keluar hehehe.. Kat bawah ni adalah gambar-gambar termos air kesihatan tu.

gastrik

gastrik

gastrik

Pada korang yang ada gastric, berubatlah segera sebelum jadi semakin kritikal. Aku dimaklumkan oleh seorang doctor, jika gastric dibiar dan tidak diubati dengan berkesan, ada kemungkinan pesakit mempunyai  risiko untuk menghidapi kanser usus. Aku dengar pun dah takut.

 

# Update: sebagai tambahan, simtom lain yang aku alami ialah perasaan tension atau tertekan tanpa sebab. Betul, bila gastrik datang menyerang, mulalah aku rasa perasaan tertekan dan kadang-kadang rasa macam nak marah pun ada.  Korang taktau la macam mana sebab simtom berbeza mengikut orang. Kemudian antara cara lain yang boleh dicuba praktikkan ialah, apabila korang rasa dalam sesuatu masa tu gastrik nak datang, cuba lakukan apa-apa aktiviti berat. Sebagai contoh, bila aku rasa angin gastrik mula nak naik, apa yang aku buat ialah aku akan berjogging atas treadmill atau melompat-lompat atau pun buat sedikit senaman ringan. Biasanya kena 5-6 minit aku buat macam tu, alhamdulillah mulalah sendawa panjang dan kadang-kadang terkeluar angin(kentut). Kesanya sakit gastrik dapat dikurangkan..cubalah korang try tapi kalau tak berjaya jangan salahkan aku ye..dan satu lagi, cara tu hanya berkesan pada peringkat awal setiap kali gastrik menyerang. Jangan dah teruk sakit pulak korang buat..apapun peace yo!!

Post-post Yang Mungkin Anda Nak Baca