Filem 7 petala cinta
7 Petala Cinta
Hari ni aku penuh dengan keboringan dan kebosanan. Nak main game, pc rosak. Nak main game kat ps2, takda game baru, game yang ada semua dah khatam. Nak berblogging lak, takda mood. Mood blogging datang waktu malam-malam aje. Di sebabkan takda benda nak dibuat, aku cadang nak subscribe satu movie lakonan Jet li kat astro first. Tengok-tengok isteri aku dok layan cerita 7 Petala Cinta. Tak sedar aku die subsdribe astro first, tak kasi tau dulu…
Disebabkan takda menda nak buat, aku pun telentang la depan tv layan ajelah. Baru ari ni jugaklah aku tau ada movie tajuk 7 petala cinta rupenye. Lakonan sape pun aku tak tau..artis yang aku tau nama cuma Fizo dan yang raja lawak tu..yang lain kenal muka aje nama wallahualam tak ambik tau. Start dari mula layan aku rase macam tertarik kat movie ni. Tapi movie ni slow aje penceritaanya. Terus terang aku sebenar tertarik kepada jiwa masyarakat islam sejati yang dibawa dalam cerita tu. Banyak contoh kebaikan yang pertontonkan dan ianya boleh dijadikan satu contoh untuk mendidik keluarga kita kearah seperti itu. Kesopanan dan hormat menghormati dikalangan masyarakat dan keluarga yang boleh kita semai dalam jiwa anak-anak.
Antara sikap yang paling menonjol dalam filem itu pada pandangan aku ialah pengorbanan si Attar dan Hamka. Kedua-duanya banyak berkorban untuk kesejahteraan sahabat dan orang lain. Si Attar sanggup meninggalkan Madrasah selepas ditangkap berkhalwat dengan nida walaupun itu bukan kehendaknya. Tujuanya tidak mahu menjelaskan perkara sebenar adalah untuk mengelakkan si Nida itu yang dihalau keluar. Hamka pulak sanggup melepaskan tunangnya walaupun memang beliau mencintai gadis tersebut.
Dari segi pergaulan ianya memang melambang cara hidup islam sebenar yang dituntut oleh syarak. Bukan yang bisa terjadi di keliling kita sekarang ni. Misalannya anak perempuan kita bawa balik teman lelaki untuk diperkenalkan dengan keluarga, kita redho. Boyfriend anak kita datang nak ambik anak kita pergi tengok wayang, kita bagi. Hari-hari kita tengok anak kita bergayut phone dengan boyfriend berjam-jam, kita tak kisah. Alasannya dunia sekarang ni bukan macam zaman dulu.
Hakikatnya untuk aku, filem 7 petala cinta menunjukkan betapa manisnya jika kita mengamalkan gaya hidup islam. Kalaulah kita masuk kedalam suasana itu, hari-hari dialunkan dengan kalimah Allah pagi, petang, siang dan malam maka pasti perkara yang menjadi keinginan manusia iaitu ketenangan jiwa dapat dimiliki. Maka tak akan ada lagi orang gila yang memenuhi hospital sakit jiwa di Tanjung Rambutan tu.. Ketenangan jiwa tak dapat dimiliki dengan wang berjuta atau kerjaya yang hebat atau nama yang popular atau status kedudukan yang tinggi, tetapi satu-satu caranya ialah apabila kita mengamalkan syariat Allah s.w.t dalam segala soal kehidupan harian.
Melihat anak-anak kecil dalam filem tersebut yang kusyuk bertasbih dan berzikir semacam mendatangkan satu suasana yang aman dan tenang. Aku bukan nak menyentuh pasal sikap luaran pelakon-pelakon, tetapi watak lakonan yang dipegang. Sebab dalam lakonan memang sampai berjubah dan ber niqab, tapi kat luar aku tak pasti la pulak macam mana. Terutama watak gadis yang ber niqab tu, dalam filem tu memang aku terpikir bukan senang nak cari gadis yang menjaga aurat seperti itu sekarang ni, tetapi realiti sebenar artis tersebut di dunia nyatanya aku rase dan yakin mungkin bukan begitu alim kot. Ntah pakai tudung ntah tidak. Tapi aku tak berani buat tuduhan sebab aku pun tak tau sapa kah orangnya.




Kalau best aku pun layan gak cerita2 macam nih…
azmanisma recently posted..Mee Kari Kacak