Manchester United VS Fulham

 

 

Sebagai peminat setia Man. United aku gembira apabila M.U berjaya menewaskan Fulham 1-0 hasil jaringan Wayne Rooney. Walaupun hanya berjaya mendapatkan kemenangan tipis, M.U tetap bejaya mengutip 3 mata penuh untuk menjarakkan perbezaan mata dengan Manchester City. 

Memang MU fans perlu berterima kasih dengan Stoke kerana berjaya mengikat kedudukan 1-1 dengan City. City yang dibarisi dengan pemain-pemain yang mahal dan pasukan bernilai tinggi nampaknya tidaklah berapa beza kekuatanya dengan MU yang hanya memiliki beberapa pemain bersatus 5 berbintang.

Pada perlawanan seterusnya, MU akan bertemu Blackburn rovers di halaman lawan. Seingat aku pada pusingan pertama hari tu, Mu telah tewas kepada Blackburn ketika perlawanan di Old Trafford. Jadi memang game ni pasti akan membuat fans MU terutama  aku berdebar-debar. Pada perlawanan ke 31 ini juga, musuh ketat setempat, City akan bertemu dengan Sunderland di Etihad. Aku yakin yang City pasti akan More >