Ahmed Deedat Pejuang Islam

Kenalkah anda pada Allahyarham Ahmed Deedat? Beliau merupakan seorang pendakwah islam yang berkarisma dan lebih terkenal kerana seorang yang sangat bijak apabila berdebat menentang pendakwah-pendakwah Kristian. Beliau memiliki kelebihan dalam ilmu perbandingan antara agama, malah kerap terlibat dalam perbahasan dengan pendakwah-pendakwah agama yahudi dan kristian. Malah ramai pendakwah-pendakwah yang pernah berbahas dengan beliau akhirnya mengucapkan 2 kalimah syahadah.

Nama sebenarnya ialah Ahmed Hussein Deedat. Ahmed Deedat dilahirkan di Gujerat India pada 1 Julai 1918 bersamaan 22 Ramadhan 1336 Hijrah. Pada tahun 1927 beliau telah dibawa oleh bapanya ke Afrika Selatan untuk memulakan satu kehidupan yang baru untuk keluar dari belenggu kemiskinan di India. Pemergian itu merupakan kali terakhir beliau melihat ibunya kerana ibunya meninggal dunia beberapa bulan kemudian. Bermula dari umur 16 tahun beliau telah mula menanam keinginan untuk menghentikan More >