Cara buat duit dengan blog – affiliate

Cara buat duit dengan blog – affiliate

Sudah kah anda memiliki blog? Jika sudah ada, apa pula plan anda yang seterusnya? Jom bincang tentang cara buat duit dengan blog melalui affiliate

Sebelum itu, mana-mana blogger pun mereka tidak hanya berblog sekadar suka-suka menulis. Mereka pasti akan ambil peluang ini untuk menjana pendapatan dari kehadiran ramai pelawat ke blog mereka. 

Update Terkini Terus ke Email

Dapatkan post terkini terus ke dalam inbox email anda.
envelope
envelope

Ada beberapa cara jana hasil melalui blog.

  • adsense/nuffnang
  • sponsor artikel
  • jual produk digital/fizikal sendiri
  • sediakan services berdasarkan skill yang dimiliki
  • affiliate

Untuk post kali ini saya akan ceritakan tentang cara buat duit dengan affiliate

cara buat duit dengan blog affiliate

​Affiliate satu cara buat duit dengan blog

​Mudahkah buat duit dengan affiliate?

Pakai kos tak untuk affiliate ni?

Ok.. soalan pertama di atas jawapan dia... SUSAH jika tak kena cara

soalan kedua.... YES and NO...maksudnya ia bergantung kepada anda sendiri.

​First time saya berblog saya b​uat affiliate. Saya promote sana sini asal ada forum saya masuk dan saya attach link affiliate saya di forum. Berbulan-bulan buat benda yang sama.

Akhirnya saya stop sebab tak pernah berjaya buat satu sell pun!!

Kemudian selepas2 tahun stop berblogging saya kembali semula di awal tahun 2016. Cuma kali ni saya kembali selepas saya banyak membaca dan mencari maklumat sama ada beli ebook atau google.

Adakah kali kedua saya terus berjaya?

TIDAK pada awalnya...

saya perlu menunggu hampir setahun untuk mula dapat hasil dari affiliate. Walaupun saya sudah banyak pengetahuan... tetapi tidak ada pengalaman. 

Saya katakan pengalaman jauh berbeza dari pengetahuan. Pengetahuan yang saya pelajari tidak 100% berkesan. Saya perlu cari satu kaedah/cara sendiri yang lebih sesuai. Diintegratekan dengan pengetahuan yang diperolehi dari pengalaman orang lain.

Alhamdulillah hasil dari affiliate walaupun tidak seberapa cuma antara RM100-300 sebulan sahaja tapi saya berpuas hati kerana saya sudah ada income sampingan.

Malah income dari affiliate sahaja sudah mampun untuk cover kos getresponse dan mailchimp.

Teknik promosi affiliate

Saya ingin share kepada anda promosi affiliate kaedah yang biasa saya buat sehingga sekarang. Mungkin cara ini ketinggalan atau tak menghasilkan nilai yang besar, namun mungkin ianya berkesan pada mereka yang masih terkial-kial seperti saya dulu. ​

​Mempunyai blog niche tertentu - bukan lifestyle blog

Pertamanya, ​blog anda mestilah mempunyai niche yang sama ataupun hampir sama dengan produk affiliate yang ingin dipromote. 

Saya hanya dapat hasilkan satu atau dua sale sahaja produk affiliate diblog personal walaupun visitor lebih ramai.

Sebab pengunjung di blog personal bukanlah tertumpu kepada sesuatu genre blog. 

cara buat duit dengan blog affiliate

Apabila saya review di blog personal tidak memberi kesan kepada pembaca kerana mereka datang ke blog saya kebiasaanya membaca tips-tips yang saya kongsikan bukannya mencari sesuatu produk. ​Tetapi untuk hasilkan jualan bukan dari cara buat post review produk. 

​Memiliki mailing list

Kedua anda wajib memiliki satu benda penting yang sangat tidak dipeduli oleh sebahagian besar blogger iaitu mailing list.

​Saya rasa bukan saya sahaja ketika itu malah ramai lagi blogger sama ada lama atau baru tidak mempunyai mailing list. saya juga beranggapan membina mailing list adalah satu pembaziran dan membebankan.

cara buat duit dengan blog affiliate

​Padahal mailing list inilah 'bakal pembeli' anda kerana mereka akan menerima terus maklumat dan tawaran pembelian. Review produk terus ke emel mereka jauh lebih berkesan berbanding review hanya di blog. 

​Adakah dengan hantar review ke emel mereka terus beli? TIDAK..

anda perlu membuat beberapa perkara.

​Emel marketing  produk affiliate

Ketiga menyediakan sekurang-kurangnya 1 kempen dengan 7 emel marketing. Disinilah skill menulis emel marketing perlu diterapkan. 

Hindarkan emel-emel marketing yang terlalu bersifat menyuruh beli. Nanti orang sakit hari. Silap gaya ada yang akan unsubscribe dari mailing list anda.

Saya akan bincangkan tentang idea mailing list ni di post yang akan datang.

Itulah 3  ​langkah wajib yang saya terapkan untuk buat duit dengan blog melalui affiliate

​Kos mailing list untuk affiliate

Kekangan utama dikalangan blogger untuk memiliki mailing list ialah kos. Terdapat banyak penyedia perkhidmatan emel antaranya yang biasa digunakan adalah:

  • aweber
  • getresponse
  • mailchimp
  • convertkit

dan banyak lagi yang lain. Tapi saya hanya menggunakan 2 mailing list provider iaitu getresponse dan mailchimp.

Antara sebab saya pilih pastilah kerana kos yang lebih murah berbanding yang lain. 

Tetapi, jika disuruh pilih satu sahaja adalah lebih baik memilih malchimp sebagai permulaan. Gunakan yang percuma dahulu.

cara buat duit dengan blog affiliate
cara buat duit dengan blog affiliate

Kekangan percuma ialah cuma 500 contact dan hanya satu audience sahaja dibenarkan. Jika sudah sampai satu tahap maximum pakej percuma barulah anda subscribe untuk tambahan.

Pakej paling murah di mailchimp ialah USD9.99 untuk 500 subscriber dan 3 audience list. manakala pakej paling rendah yang disediakan oleh getresponse adalah USD15 untuk 1000 subscriber dengan bermacam kelebihan lain yang lebih baik dari mailchimp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

​Update t​ips blogging terus ke emel anda