Archive for May, 2012
Gastrik, semakin pulih
91
Dah 3 tahun aku mengalami gastric yang agak melampau. Macam-macam ubat dah telan, macam-macam dokotor dah pergi, tapi masih macam tu jugak. Sehinggalah aku pergi jumpa seorang tabib cina di area aku ni. Kat sini cuma ada seorang aje tabib cina. Aku panggil dia ngan nama mesra “auntie”. Dalam tempoh setahun berubat dengan dia, rasanya beribu dah habis, dan alhamdulilallah sekarang ni dah kurang la sikit berbanding dulu. Dalam tempoh berubat dengan auntie tu, kerja aku setiap malam minum air rebusan herbanya. Pahit bukan kepalang rasanya.
Melalui pertanyaan-pertanyaan aku kepada rakan-rakan saudara-mara yang menghidap gastric ni, sebenarnya lain orang, lain sakitnya. Walaupun aku dah lama kena gastric, tapi rasa sakit aku tak macam orang lain. Apa yang aku rasa ialah rasa sesak nafas dan nafas tak puas. Then perut aku bila di tepuk ia berbunyi penuh angin dan adakalanya tidak. Tak pernah lak aku rasa sakit perut macam orang lain sampai berguling-guling sakit. Kemudian satu lagi yang More >
Aktiviti cuti sekolah
14
Cuti sekolah pertengahan tahun dah pun bermula. Bila pelajar-pelajar bercuti, cikgu pun ikut cuti. Kalau time sekolah, sibuknya sampai ke malam. So, 2 minggu ni boleh la melepakkan badan selepak-lepaknya. Tapi tak guna cuti kalau setakat nak bergolek-golek aje di rumah. Mestilah kene buat sesuatu yang berfaedah kepada diri, keluarga, agama dan bangsa..hebatnya aku…kebiasaannya, aku akan mengatur beberapa aktiviti setiap hari sepanjang cuti. Aktiviti ringan-ringan aje pun.
Masa cuti nilah baru ada masa nak memanjat tangga bersihkan sawang kat siling ngan kipas. Biasanya nak bersihkan sawang ni memang makan masa 2 hari jugaklah. Sebab aku ni ada resdung, kalau nak buat sekaligus memang merah berair la mata aku kene habuk. Susah jugak bila ada alahan nih. Hampir 3 bulan dah aku tak cuci kipas, bila tangkap gambar pakai DSLR baru terperasan yang bilah kipas dekat seinci tebal habuknya. Maklumlah tak pernah tutup kipas, kat sini cuacanya panas sebab rumah aku ni More >
Kesibukan Menanda Kertas Jawapan
17
Dah seminggu aku tak buat sebarang post. Kerana sibuk dengan urusan di sekolah. Biasanya 2 minggu sebelum tutup sekolah memang merupakan minggu yang paling sibuk bagi seorang guru. Dalam tempoh 2 minggu nilah peperiksaan dan proses menyemak kertas soalan berjalan. Diikuti kemudiannya mengeluarkan report kad pelajar, sebelum hari pertemuan dengan ibu bapa. Dalam banyak-banyak tu yang paling tak tahan ialah ketika menyemak kertas soalan. Kalau kertas objektif, memang seronok menanda…tapi kalau kertas penulisan..boleh berpinar mata hehehe
Biasanya guru yang mengajar mata pelajaran yang ada kertas subjektif seperti BM dan BI adalah guru yang paling letih menyemak soalan berbanding guru lain. Ini kerana mata pelajaran ini memerlukan seorang guru tu menyemak soalan dengan penuh teliti kerana mereka perlu membaca kesemua perkataan satu demi satu. Asalkan satu huruf tertinggal atau terlebih maka ia akan mempengaruhi markah. Begitu juga dengan tanda noktah, seruan, More >
Wordless Wednesday – Paip Pecah
10Wordless Wednesday – #Paip Pecah
Bayangkan kalau 3 bulan air terpancut macam ni…berapa ratus kerajaan rugi...tapi apa boleh buat kalau dah pentadbir tak ambik berat
adv_username = "fadzliahmad"; adv_gid = "fadzliahmad_default"; adtype = "336x280";


Recent Comments