Pencerobohan Sulu – mencetus kebencian bangsa
0Hari ni dah bermula la cuti sekolah untuk intrasem semester pertama. Seperti biasa kalau cuti-cuti sekolah ni pasti aku bawak family berjalan-jalan. Kadang-kadang ke K.K, Kundasang, Ranau dan beberapa tempat lain. Cadangnya kali ni nak bawak family pergi ke Labuan. Labuan ni antara tempat yang glamer juga kepada pelancong. Ramai kawan-kawan dah pergi dan menurut mereka pun tempat tu best untuk di lawati.
Tapi apakan daya, nampaknya kali ni bercuti duk rumah diam-diam aje lah. Sikembar aku pun dah boleh ingat janji nak bawak diorang berjalan. Terpaksalah beri alasan macam-macam. Ni disebabkan masalah keselamatan terkini Sabah. Terutama di tempat aku ni, Kudat. Disini terlalu ramai suku sakat pendatang dari Sulu. Mereka ni ada yang dah lama duduk kat sini dan dah ada I.C pun. Ada juga yang takda I.C. Banyak jugak suku sakat dari filipin selain sulu, seperti Ubian dan Kagayan. memang ramai. Boleh dikatakan menguasai 40% dari penduduk di Kudat ni. Jadi bila timbul kes pencerobohan n, More >
Pemenang Pertandingan Fotografi
5Assalamualaikum kepada semua.
Alhamdulillah pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh blog aku telah berakhir 24 jam yang lepas dan hari ni aku nak umumkan pemenang bertuah. Sehingga berakhirnya pertandingan semalam, hanya 4 orang sahaja yang menyertai pertandingan anjuran aku ni..(ingatkan ramai hehehe)..mungkin kurang publisiti kot huhu..apapun terima kasih sangat kepada yang join. Hadiah yang aku sediakan memang tak seberapa. Seperti yang dinyatakan dalam syarat pertandingan, pertandingan diadili oleh 3 orang, iaitu aku sendiri, isteri dan seorang fotgrafer wedding di kawasan aku ni.
Kenal dia masa dia bagi masa kelas fotografi di Kota Kinabalu tahun lepas. So dia jugaklah bagi nasihat kepada aku untuk menjadi lebih tak malu bila outing hehe..sebelum ni segan-segan. So lepas kitaorang berbincang bersama, kami dah buat keputusan pemenangnya adalah…..
BRO MUKTASSIM - www.muktasim.com
Jadi terima kasih kepada bro Muktasim, Bro Akubiomed, Bro Mizhar dan Puan More >
Pertandingan Fotografi Segalabenda.com Bulan Februari
23Untuk kali pertama ini, tema yang dirancangkan adalah portrait kanak-kanak. Dibawah ini saya letakkan satu foto yang tak seberapa dari kami sebagai contoh. Diharap pertandingan yang tak seberapa ini akan mendapat sambutan dari rakan-rakan blogger yang lain.
Syarat-syarat pertandingan sila rujuk di sini
Pertandingan ini akan bermula pada pukul 10 malam 8 Februari dan berakhir pada pukul 10 malam 15 Februari. Jadi rakan-rakan semua mempunyai masa yang lama untuk prepare foto ataupun bawa keluar foto-foto yang disimpan. Bagi anda yang sudah mempunyai gambar dan takut terlepas tarikh akhir pertandingan, juga dialu-alukan untuk menghantar lebih awal. Bagaimanapun ianya hanya di upload pada 8 Februari nanti. Mungkin ramai tertanya kenapa terlalu lambat pertandingan bermula. Tujuannya supaya kami sempat untuk menyebarkan link pertandingan ini ke blog rakan-rakan yang lain agar ramai blogger dapat maklumat awal. Kiranya nak mempromosi dululah hehehe…untuk beriklan atau pasang banner kat More >
Apabila guru taksub dengan politik
9Kali ni agak sensitif tajuk yang aku nak kongsikan. Sebab benda ni melibatkan mereka-mereka seprofesion dengan aku iaitu guru. Guru yang pada dasarnya kerjanya adalah untuk mengajar dan mendidik pelajar sehingga berjaya dalam pelajaran atau pun menjadi manusia berguna dunia akhirat. Bagi aku, guru ni antara insan yang pandai bercakap dan pandai mempengaruhi orang. Kata-katanya boleh diingati oleh orang sehingga berpuluh-puluh tahun. Kadang-kadang ayat-ayat perkataan dan nasihat guru ni mampu dijadikan pedoman seperti aku yang masih kuat mengingati guru-guru aku yang dah berpuluh tahun aku tak jumpa.
Atas sebab itulah setiap guru mestilah berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan atau setiap pertuturan. Kerana di depan kita adalah remaja-remaja yang masih mentah dan mudah terpengaruh. Setiap kenyataan dari seorang guru, tak kiralah positif atau negetif boleh membentuk satu kecenderungan kepada seorang pelajar. Kalaulah positif itu yang diikut, alhamdulillah. Tetapi bagaimana kalau More >
Umur segalabenda.com
15Hari ni aku telah membuat pembayaran untuk renew hosting segalabenda.com. Seperti yang korang tau, sebelum ni aku menggunakan services netkl untuk ‘memparkingkan’ blog aku nih. Sehingga kini aku masih berpuas hati dan selesa dengan khidmat dari netkl ni. Setakat ni jugak belum pernah sekalipun server down dan setiap masalah akan dilayan dengan pantas dan tepat. Customer services pun cakap dengan ‘penuh kesopanan dan kesusilaan’. So atas sebab itulah maka aku begitu menyayangi netkl huhuhu(baik punya puji).
Dengan ini bermakna umur segalabenda.com dah pun setahun. Kiranya kalau budak baru tau nak berdirilah ni. Tak pun jalan-jalan jatuh..dengan tempoh setahun ni kiranya adalah sedikit sebanyak pengetahuan aku tentang berblogging ni. Nak kata pandai sangat tu tak lah. Rakan-rakan semakin bertambah walaupun tak bersua muka. Banyak jugak pengetahuan yang aku dapat tak kiralah samaada berkaitan dengan blogging atau lain-lain perkara. Yang bestnya maklumat dan pengetahuan rakan-rakan More >


Recent Comments